Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18: Emel Oh Emel !

~ Minggu 4~

Tugasan Minggu 4 datangnya jauh dari Temasek..Uishh jauh betul tugasan kali ni. Jadinya tugasan minggu ni hanya dalam Putrablast kerana Prof tidak dapat mengadakan kuliah kerana berada di Singapura...
Tugasan kali ini Prof meminta mengemukakan pendapat tentang jenis-jenis media massa di Buku BOOM..tugasan ni perlu di emel kepada Prof jam 2 hingga 3 petang sahaja..
Aku selesai tugasan jam 1 petang.. Maka aku pun mengisi perut yang sudah bergendang seperti paluan gendang traian naga daan menyempurnakan solat Zuhur sementra menuggu jam 2...
Jam sudah berputar ke no 2...maka aku segera menghadap laptop bagi mengemel tugasan..
Bahagianya lah hidup tugasan dah diselesaikan..
Tiba-tiba (nak buat cerita seram ni), aku mendapat emel dari boxbe mneytakan emel aku tidak sampai kepada Prof..
Fuhh..berpeluh-peluh aku...Ahh sudah... ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari..
Malam itu aku mendapat maklumat bahawa hanay 20 orang sahaja yang diterima emelnya kerana yang lain tidak menepati apa yang dikehendaki oleh Prof..
nampaknya kami yang 60 orang ni hilang 10 markah tugasan individu...
Hai la emel..
Emel Oh Emel ! 










































No comments:

Post a Comment