Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: ADIK

~Minggu 5~

Mungkin cerita kali ni agak serius sikit...Aku mempunyai 3 orang adik-beradik 2 perempuan dan 1 lelaki..
Tak pernah terfikir akan ada adik lagi..
Haa  jangan fikir macam-macam.. Ni kisah adik angkat aku..
Muhammad Noor Adha bin Roszaini..gelagat naka kecil ini seperti tiada masalah dalam hidupnya..Sedangkan kalau aku pun tak mampu berhadapan dengan masalah sebesar itu..
Ibunya meninggal dunia bersama adik di kandungan pada umurnya 2 tahun..Terlalu kecil untuk dia terima semua ini..
Ceritanya bermula apabila kematian ibunya dan ibuku merupakan individu yang mengambil kakak dan abangnya dari sekolah..Jadi adik beradik ini rapat dengan keluarga ku..
Jadi ibu yang menjaga adik sepanjang ayahnya bekerja..
Suatu hari..ayah adik menghantar adik ke rumah seperti biasa..Tapi waktu itu di tangannya membawa beg berisi baju..Ibu pelik dan bertanyakan perihal beg itu..
Katanya "Aku serahkan anak ini untuk kau jaga" dan kemudian ayah adik berpindah jauh ke tempat lain..
Jujurnya bukan mudah untuk aku dan adik-adik terima orang baru dalam keluarga..Tapi kerana kasih sesama manusia aku terima adik dengan hati yang terbuka.. Cuma bukan kepada adik bongsuku..Agak lama mahu menerima adik.
Kami besarkan adik dengan didikan agama dan apa yang membanggakan seawal umur 8 tahun adik sudah khatam al-Quran..
Kini, aku dan angah sibuk belajar jauh dari ibu dan ayah dan adik bongsuku masuk asrama..
Tinggal ibu, ayah dan adik di rumah.
Rupanya ada hikmah Allah bagi adik dalam keluarga aku..Untuk teman ibu dan ayah saat anak-anakya jauh..
Kini sudah 6 tahun adik bersama kami. dan kami lah keluarganya..
Adik Oh Adik..
Pesan along jadilah orang berguan dan membanggakan ibu dan ayah kita walaupun kita bukan dalam darah yang sama...


No comments:

Post a Comment