Hai..harini aku nak cerita tentang pengalaman aku di Surabaya.
Aku ke Surabaya, Indonesia di bawah program mobiliti anjuran KOSASS pada 9 Oktober 2017 hingga 22 Oktober 2017.
Inilah pengalaman pertama aku ke luar negara dan menaiki kapal terbang.
Aku review sikit la pasal Surabaya ni..
First, bab makanan. Perkara paling penting kalau pergi negara/ negeri lain. Bagi aku makanan kat sana lebih kurang macam Malaysia. Cuma aku memang tak makan pedas so aku tak makan penyetan kat sana. Kawan-kawan yang lain kata sambal dia memang padu. Nama makanan tu jangan pelik la, memang macam-macam seperti Rawon Setan. Rawon setan ni adalah sup daging dan dimakan dengan nasi putih dan agak pedas.
Untuk tempat menarik pula, Surabaya ni dikenali sebagai Kota Pahlawan. Jadi banyak tinggalan sejarah yang boleh dilawati.
Tempat untuk shopping pun biasa-biasa je tak seperti Bandung yang memang tempat shopping .
Aku berada di Surabaya selama 2 minggu dan banyak pengalaman dan belajar budaya masyarakat di Surabaya ni.
Surabaya ni memang setiap masa akan "macet" iaitu jam. So, kalau korang ke sana jangan hairan la kalau jalan raya tu penuh dan bising bunyi hon.
Bagi aku, masa muda ni la peluag untuk pergi/ melawat negeri atau negara lain. Belajar budaya mereka dan rasa makanan mereka.
No comments:
Post a Comment