~Minggu 6~
Okay dalam blog kali ni aku nak cerita pasal wishlist aku la..
Tak banyak pun wishlist aku ni.. tapi kalau boleh aku nak buat semua sebelum kahwin..
Lepas kahwin lain cerita pulak...
First, aku nak habiskan melancong semua negeri kat Malaysia ni..Negeri yang aku tak pergi lagi, Kelantan, Perlis dan Sabah.. so aku kena pergi 3 negeri ni untuk penuhi wishlist aku...
Kedua, aku nak melancong kat negara-negara Asia Tenggara..at least 5 negara la.. yang aku dah pergi cuma Indonesia sahaja.. dalam senarai aku nak ke Thailand, Vietnam, Brunei dan Kemboja.. tak banyak asalkan ada..
Ketiga, aku nak mahir memasak..jujur la nak beritahu ni yang aku memang tak reti masak...setakat masak nasi goreng tu reti la..kalau disuruh masak lauk..haa sudah berpeluh-peluh aku..so dalam senarai aku nak belajar dan mahir masak lauk-pauk.. tapi aku suka tengok rancangan memasak..cuma tak yakin nak masak sendiri tu..nak bagi makan perut orang tu..
Yang keempat, aku nak kena belajar berenang... sebab aku memang fobia air jadi aku kena belajar berenang untuk hilangkan fobia aku dengan air.. aku kena pandai berenang sebelum habis belajar ni sebab sekarang ada orang boleh ajar dan ada tempat nak belajar.. nanti dah habis belajar tak ada orang nak ajar free-free semua kena bayar dan tak ada tempat nak belajar...takkan nak berenang kat parit depan rumah pulak.. nanti kan orang ingat badak berkubang pulak...hahahahha
Buat masa ni 4 perkara ni je wish aku...korang yang baca ni doa-doakan laa aku dapat laksanakan 4 wish aku ni...
Yang mana nak buat trip ke luar negara ke dalam Malaysia yang aku belum pergi tu, ajak-ajak la ye...
No comments:
Post a Comment