~Minggu 4~
25 September 2018, Fakulti Bahasa dan Komunikasi julung-julung kali mengadakan Pesta Makanan Tradisional... Majlis ini disempurnakan oleh Naib Canselor dan kami warga BBM3410 menjadi pengunjug wajib pesta ini kerana ada tugasan perlu diselesaikan...
Sewal jam 9 pagi aku dan ahli kumpulan yang lain dan bertapak di FBMK di perkarangan rumah warisan Melayu.. Jam 9 masih belum banyak gerai-gerai yang dibuka...
Kelihatan kelibat pensyarah-pensyarah fakulti bahasa membuka gerai-gerai mereka...
Saat ini mata warga BBM3410 melilau mencari kelibat Prof untuk bergambar bersama kerana individu yang bergambar bersama Prof akan dapat markah lebih...Tidak senang duduk Prof dibuatnya..
Selesai majlis perasmian, kami pun memulakan langkah mencari judah tradisional mengisi perut yang berkeroncong ini.. Pelbagai juadah dijual spserti laksa, ubi rebus, makanan tradisional negeri dan macam-macam lagi..
Aku pula tertarik dengan rojak cucur udang...Teringat pula cucur udang ibu di kampung...
Selesai tawaf pesta makanan tersebut hampir 5 kali..
Di pesta makanan ini pelbagai aktiviti dijalankan seperti mewarna, merasa makanan dan sebagainya..
Penampilan khas demonstrasi makanan oleh Chef Selebriti Dr Muhammad Shahrim bin Karim yang juga merupakan warga UPM..
Pesta makanan ini tamat pada jam 5 petang..
No comments:
Post a Comment