~Minggu 4~
Kalau tahu sakit begini,
Lebih baik duduk di kampung,
Tanam ubi dan tanam jagung.
Bait-bait lagu ni mengingatkan aku tentang jerih payah dan pengalaman sepanjang 3 tahun bergelar Pegawai Kadet PALAPES UPM.
18 Ogos yang lepas aku baru ditauliahkan sebagai pegawai muda. Tidak semua oarang sanggup meyertai PALAPES yang mana aktivitinya sama dengan tentera yang sebenar.
3 tahun aku ini aku belajar erti hidup dalam kerjasama, hidup dengan disiplin dan hidup dalam keadaan yang tidak selesa.
Tapi, di PALAPES juga aku tahu erti tanggungjawab dan kerjasama. Semua pekerjaan yang kami lakukan memerlukan kerajsama yang tinggi. Tidak hairanlah hubungan kami sesama anggota PALAPES ini sudah bagai adik-beradik.
Tidur beralaskan tanah berbantalakn ranting kayu dan berbumbungkan awan dan ada ketikanya muka menjadi tadahan air hujan. Pengalaman ini aku tidak akan lupa sampai bila-bila.
Pernah ada orang bertanya, ini ke yang aku nak di universiti ni? Kenapa ada hidup yang senang tapi kau pilh hidup yang susah?
Jawapannya hanya satu..PENGALAMAN DAN TANGGUNGJAWAB!
Kalau bukan kami siapa lagi yang akan menjadi benteng kedua negara?
Kalau bukan kami siapa yang kaan tahu jerih payah seorang anggota tentera sebenar?
Dan kalau bukan kami siapa yang akan merasai pengalamn sebagi seorang anggota tentera?
Siapa suruh masuk tentera?
Jawapannya HATI dan JIWA kami !
No comments:
Post a Comment