Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: Flatlay

~Minggu 5~

Kuliah Minggu 5 disambung dengan tugasan fotografi jenis flatlay. Apa itu flatlay??
Flatlay tu cara ambil gambar secara rata dari atas..
Ada 4 jenis flatlay iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay...
Haa kena la ambil gambar dengan 4 jenis flatlay tu dengan produk yang berbeza...
jumlah semua 20 gambar dan tarikh hantar tugasan jam 12.30 tengah hari..
Apa??? Tapi....kena apa? Kena la redha (terngiang-ngiang kata-kata Prof)...hahhahaha...
Semua ahli kumpulan duk sibuk keluarkan segala barang yang ada untuk selesaikan tugasan.. 
Kumpulan kami membuat 5 tema iaitu Money, Luxury, Sport, Beauty dan Education...
Segala benda yang ada di badan kami guna sebagai produk untuk hasilkan fotografi flatlay..
Tapi bukan baju dan seluar laa.. Segala barang kemas, barang make up dan segala macam barang kami cuba sediakan untuk ikut 5 tema tu...
Jam hampir menunjukkan 12.30..Tugasan ini mudah tetapi nak cari barang sebagai produk agar sukar...Jadi kami pun upload gambar...Selesai lah tugasan minggu kelima..
Tapi...Jeng..Jeng..Jeng ..
Rupa-rupanya ada kesalahan dan kami diminta post semula pada jam 9.00 malam...
Produk yang digunakan haruslah berlainan untuk semua flatlay..jadi kami kena sediakan 20 produk yang berbeza...
Apa kena buat? REDHA...
Maka, setiap ahli kumpulan kena sediakan satu atau 2 flatlay sebelum jam 9 mlaam dan kami di share di Instagram...
Maka aku pun keluarkan segala barang yang ada dan ketuk-ketuk pintu jiran bilik sebelah untuk siapkan tugasan ni...
Selesai lah tugasan minggu 5 dengan jayanya..
Harap-harap lepas ni aku boleh jadi photographer hebat suatu hari nanti..Tinggi gak cita-cita tu..
Aku kongsikan aksi-aksi kumpulan aku..




No comments:

Post a Comment