~ Minggu 8~
Bermula cuti pertengahan semester, jangan risau. Prof ada bekalkan kerja di rumah.
Tak banyak pun dan kerja yang biasa sahaja. Kami diminta untuk post 10 gambar sepanjang seminggu berada di kampung.
Tapi, perkara tu jadi masalah besar pada aku.
Kat kampung memang susah nak dapat line internet ni..
Tak la duk pendalaman sangat..
Kalau nak post tu aku terpaksa ke pekan baru la dapat post..
Pastu dapat pesanan mesra daripada ketua kelas bahawa kami perlu ambil gambar tangan menunjukkan"ok"jika mahukan kelas atas talian pada hari Isnin minggu hadapan kerana hari Selasa merupakan perayaan Deepavali.
Siapa yang tak mahu sambung cuti kan?
Aku pun hidupkan enjin motor dan merempit ke pekan...
Sampai pekan aku singgah kedai menjual pisang goreng dan mengambil gambar tangan menunjukkan tanda 'ok' dan post ke instagram.
Ada hikmah juga tugasan Prof ni..hahahahaha
Dapat minum petang dengan pisang goreng..
Maka, kami dapat keputusan bahawa hari Isnin hanya kuliah atas talian sahaja..
Sambunglah cuti wahai rakan-rakan....
Tuesday, October 30, 2018
Thursday, October 25, 2018
MAMBO
~ Minggu 7~
Post kali ni nak cerita pasal macam mana aku dapat nama panggilan 'Mambo'.
Nama sebenar aku sangat lah indah. Nur Fatin Asyilah binti Abdul Rahim maksudnya 'cahaya asli yang canti menawan'. Tapi, ramai yang panggil aku 'Mambo'.
Haa mesti nak tau kan apa maksud Mambo? Mana dapat nama Mambo?
Sabar ye anak-anak...
Aku dapat nama panggilan Mambo sejak tingkatan 3. Sebelum tu, orang panggil aku Syila. Ayu gila kan nama Syila.. Hahahahhaha
Siapa kenal artis Sheila Mambo?
Haa dari situ la tercetusnya nama Mambo tu. Sejak tu memang orang kenal aku dengan nama Mambo tu. Sampai cikgu-cikgu semua panggil dengan nama tu..
Maka, aku pun dah buat keputusan bahawa kat universiti nanti aku tak nak dah bawa nama Mambo tu. Sebab kalau aku kenalkan diri dengan nama tu semua pelik.
Jadi aku perkenalkanlah diri aku dengan nama Fatin di UPM dan di KOSASS.
Namun, nama tu kekal hanya dalam 3 bulan awal je.
Waktu berbaris malam training PALAPES, ada suara yang berkata, "Mambo mana Mambo?"
Ahh sudah siapa tahu nama panggilan aku pulak kat sini?
Aku pun mengangkat kepala dan menyahut perlahan "Saya".
Semua pandang dengan soalan yang biasa aku dengar?
Kenapa Mambo?
Apa maksud Mambo?
Rupanya, jurulatih aku waktu itu adalah adik kepada cikgu aku di tingkatan 6.
Cikgu aku berpesan untuk mencari aku yang masuk PALAPES waktu tu...
Maka, aku simpulkan kat sini bahawa nama Mambo tu memang melekat kat aku..
Kalau datang KOSASS atau PALAPES cari nama Fatin Asyilah memang la tak jumpa.
Kena sebut nama Mambo..Barulah OHHH MAMBO..
Cuma dengan rakan sekelas BLM tak kenal nama Mambo..
Tapi..
Aku rasa dengan nama Mambo tu aku lagi selesa.. Nama tu buat orang lagi rapat dengan aku..
Jadi, kalau dalam perkara yang tak formal aku selesa kenalkan nama panggilan 'Mambo'.
Aku lampirkan gambar pemilik nama Mambo tu.

Surabaya in Memory
~ Minggu 7~
Hai..harini aku nak cerita tentang pengalaman aku di Surabaya.
Aku ke Surabaya, Indonesia di bawah program mobiliti anjuran KOSASS pada 9 Oktober 2017 hingga 22 Oktober 2017.
Inilah pengalaman pertama aku ke luar negara dan menaiki kapal terbang.
Aku review sikit la pasal Surabaya ni..
First, bab makanan. Perkara paling penting kalau pergi negara/ negeri lain. Bagi aku makanan kat sana lebih kurang macam Malaysia. Cuma aku memang tak makan pedas so aku tak makan penyetan kat sana. Kawan-kawan yang lain kata sambal dia memang padu. Nama makanan tu jangan pelik la, memang macam-macam seperti Rawon Setan. Rawon setan ni adalah sup daging dan dimakan dengan nasi putih dan agak pedas.
Untuk tempat menarik pula, Surabaya ni dikenali sebagai Kota Pahlawan. Jadi banyak tinggalan sejarah yang boleh dilawati.
Tempat untuk shopping pun biasa-biasa je tak seperti Bandung yang memang tempat shopping .
Aku berada di Surabaya selama 2 minggu dan banyak pengalaman dan belajar budaya masyarakat di Surabaya ni.
Surabaya ni memang setiap masa akan "macet" iaitu jam. So, kalau korang ke sana jangan hairan la kalau jalan raya tu penuh dan bising bunyi hon.
Bagi aku, masa muda ni la peluag untuk pergi/ melawat negeri atau negara lain. Belajar budaya mereka dan rasa makanan mereka.

Tuesday, October 23, 2018
Video One Shot Nakal, Nakal, Nakal
~ Minggu 7~
Kuliah minggu 7 ni Prof kata dah habis dah bab fotografi. Masuk pulak bab video. Aduh ni mesti lagi macam-macam ni..
Dalam fikiran membayangkan yang kena edit-edit video. Aku dah la tak tahu apa bab edit-edit video ni...Maka dalam kelas pun Prof terangkan...
Bahawasanya setiap kumpulan perlu membuat Video One Shot..apa tu? Memang tak tahu apa la budak bahasa ni.. maka Prof pun buka video Bruno Mars - The Lazy Song.
Ohh..video one shot ni kita kena berjoget dan miming lagu yang kita pilih dengan posisi kamera yang statik..
Pemilihan lagu bebas..
Video mesti di upload dalam Youtube menggunakan akaun kumpulan masing-masing...
Dan video mesti dipertontonkan di kelas..
Pilih punya pilih lagu akhirnya kumpulan kami pilih lagu Ayda Jebat - Nakal, Nakal, Nakal..
Memang berjoget Pak Maon la masing-masing...
Tengok la sendiri video ni..
Amaran!!
Siapa gelak siap!
Rasanya Ayda Jebat lepas ni kalau nak buat lagu lagi boleh panggil kami ni..
Persis Ayda Jebat Kok!!
Hahahahahhaahha..

Friday, October 19, 2018
"Dik, kedai awk terbakar!"
~Minggu 6~
8 Mei 2018
Tarikh yang aku tak dapat lupakan..
Aku saksikan kedai aku terbakar depan mata aku dan aku tak dapat buat apa-apa sebab api terlalu besar..
Tak tahu macam mana nak terangkan perasaan aku masa tu..yang ada aku dan nenek aku je masa tu..
Tapi aku bersyukur sebab tak melibatkan apa-apa kemalangan nyawa..
Masa kejadian tu berlaku ibu dan ayah aku ambil adik aku yang kedua di stesen bas sebab dia baru balik dari Kedah masa tu.. nak balik kampung la..adik-adik yang lain dah ke sekolah..
Aku pula memang balik kampung sebab nak mengundi esoknya..
Nak dijadikan cerita cuma ada aku dan nenek je kat rumah..ibu ajak aku ikut tapi aku tak nak sebab nak sambung tidur ... malam tu aku sampai rumah jam 12 malam..
Baru aku nak lelapkan mata balik lepas sembahyang subuh semua tu..jam baru pukul 7 jadi masih awal lagi la..
Tiba-tiba ada orang ketuk pintu macam nak roboh pintu tu..aku pun dengan malas nak bergerak dari bilik tu pun buka la pintu..
Aku pun buka pintu dan orang tu pun berkata "dik, kedai awak terbakar". Masa tu api masih kecil. Tapi mula merebak bahagian dapur kedai yang ada 3 tong gas..
Tapi aku sempat selamatkan kereta yang parking dekat dengan kedai tu..Tu je sempat aku selamatkan..
Aku jerit mintak tolong pada jiran depan rumah yang baru siap-siap nak buka bengkelnya.. dia pun berlari bawa pemadam api yang ada di bengkelnya..Tapi api masih juga tak padam tapi semakin merebak..
Jiran yang lain dah telefon bomba...
Aku pula dah macam orang gila, menggigil badan aku berpeluh-peluh. Panik. Aku cuba telefon ibu masa tu tapi tak berangkat.
Aku cuba telefon adik aku pula..berangkat! Alhamdulillah!
Dengan menggigil aku berkata pada ibu aku.." Bu, along nak bagitahu ni..kedai kita terbakar bu"
Menjerit ibu aku waktu tu yang tengah bersarapan..terus pecut balik..jarak stesen bas ke rumah kami ambil masa lebih kurang 40 minit..
Waktu ibu balik tu tak ada apa yang tinggal..memang tak sempat nak selamatkan apa-apa.
Perasaan ibu masa tu sedih sangat sebab titik peluh selama 20 tahun dan hasil pendapatan kami selama 20 tahun..hilang sekelip mata
Pegawai bomba kata kerugian hampir RM50 000.
Tapi, aku tabik semangat ibu dan sikap positif ibu..
Alhamdulillah rumah kami selamat walaupun jarak rumah dengan kedai tak sampai 20 meter..
Aku dengan nenek pun selamat
Dan kalau tak ada pakcik yang ketuk pintu tu..Tak tahu apa jadi..
Ada hikmah semua ujian yang Allah turunkan tu..Memang sedih tapi kena percaya hikmah yang Allah nak bagi lagi besar. Kita sebagai manusia kena sabar..
Kini, ibu kena mula balik bisnes balik dari kosong..

Thursday, October 18, 2018
My Wishlist
~Minggu 6~
Okay dalam blog kali ni aku nak cerita pasal wishlist aku la..
Tak banyak pun wishlist aku ni.. tapi kalau boleh aku nak buat semua sebelum kahwin..
Lepas kahwin lain cerita pulak...
First, aku nak habiskan melancong semua negeri kat Malaysia ni..Negeri yang aku tak pergi lagi, Kelantan, Perlis dan Sabah.. so aku kena pergi 3 negeri ni untuk penuhi wishlist aku...
Kedua, aku nak melancong kat negara-negara Asia Tenggara..at least 5 negara la.. yang aku dah pergi cuma Indonesia sahaja.. dalam senarai aku nak ke Thailand, Vietnam, Brunei dan Kemboja.. tak banyak asalkan ada..
Ketiga, aku nak mahir memasak..jujur la nak beritahu ni yang aku memang tak reti masak...setakat masak nasi goreng tu reti la..kalau disuruh masak lauk..haa sudah berpeluh-peluh aku..so dalam senarai aku nak belajar dan mahir masak lauk-pauk.. tapi aku suka tengok rancangan memasak..cuma tak yakin nak masak sendiri tu..nak bagi makan perut orang tu..
Yang keempat, aku nak kena belajar berenang... sebab aku memang fobia air jadi aku kena belajar berenang untuk hilangkan fobia aku dengan air.. aku kena pandai berenang sebelum habis belajar ni sebab sekarang ada orang boleh ajar dan ada tempat nak belajar.. nanti dah habis belajar tak ada orang nak ajar free-free semua kena bayar dan tak ada tempat nak belajar...takkan nak berenang kat parit depan rumah pulak.. nanti kan orang ingat badak berkubang pulak...hahahahha
Buat masa ni 4 perkara ni je wish aku...korang yang baca ni doa-doakan laa aku dapat laksanakan 4 wish aku ni...
Yang mana nak buat trip ke luar negara ke dalam Malaysia yang aku belum pergi tu, ajak-ajak la ye...

Simpulan Bahasa
~ Tugasan Minggu 6 (Simpulan Bahasa) ~
Untuk tugasan minggu 6 ni, Prof minta setiap kumpulan mengambil gambar berdasarkan simpulan bahasa yang dipilih. Setiap kumpulan perlu memilih 10 simpulan bahasa dan mengambil gambar berdasarkan makna simpulan bahasa tersebut. Misalnya la..kalau simpulan bahasa 'kaki bangku', maka gambar yang kita ambil dan lakonkan tu bermaksud tak pandai main bola...Haa faham tak?
Maka, wakil kumpulan pun berlari berkejaran la untuk pilih simpulan bahasa yang maknanya senang nak dilakonkan..Buatnya kalau simpulan bahasa 'berat sebelah' maksudnya tidak adil..haa sudah nak buat gaya apa tidak adil tu..Maka, pemilihan simpulan bahasa tu sangat penting supaya apa yang nak disampaikan melalui gambar tu sampai maknanya...
Dah malas nak membebel panjang-panjang..
Aku nak bagi teka-teki ni...
Tengok gambar kat bawah ni ape simpulan bahasa yang sesuai..
p/s: gambar hanya lakonan semata-mata

Macam model iklan biskut dah |
Yang ni dah kenapa duduk sorang-sorang |
Amboi kak, makan sorang ke tu? Hati-hati...hihihihi |
Haa yang ni hanya lakonan ye.. yang sebenar sopan orangnya.. |
Gambar sape tu kena koyakkkk? |
Wednesday, October 10, 2018
BBM3410/18: 18.8.2018
~Minggu 5~
Setelah penat lelah 3 tahun seorang pegawai kadet, mereka akan ditauliahkan sebagai seorang Pegawai Muda...
Kali ni aku nak cerita pasal pentauliahan aku sepanjang 2 minggu dan bergelar pegawai kadet..
2 minggu pentauliahan di USM bukan sesuatu yang mudah..Bak kata skuad aku yang lain..Nak tauliah pun susah..
Memang la..Nak capai sesuatu bukan mudah..
2 minggu di bawah langit USM yang kadang kala tiada awan..amat mencabar diri kami walaupun sudah biasa berada di bawah terik matahari..
Tapi kali ni betul-betul mencabat..Aku duduk di barisan hadapan sekali...
Mendengar rakan-rakan jatuh pengsan di belakang amat menduga moral kami..
Ya..yang terbaik harus diberikan untuk pentauliahan ini kerana nama kami membawa nama UPM dan kawad ini akan dipertontonkan dihadapan DYMM Rja Muda Perlis dan Naib Canselor UPM dan universiti-universiti lain...
Tanggal 18.8.2018 tarikh yang dipilih oleh ramai pasangan sebagai tarikh perkahwinan tetapi bagi kami tarikh ini membawa 1001 kenangan dan inilah kemuncak penat lelah kami sepanjang 3 tahun bergelar pegawai kadet.
Tarikh ini tidak akan aku lupa sampai bila-bila...
Alhamdulillah...Kini aku bergelar....
Lt Muda Nur Fatin Asyilah binti Abdul Rahim...
BBM3410/18: ADIK
~Minggu 5~
Tak pernah terfikir akan ada adik lagi..
Haa jangan fikir macam-macam.. Ni kisah adik angkat aku..
Muhammad Noor Adha bin Roszaini..gelagat naka kecil ini seperti tiada masalah dalam hidupnya..Sedangkan kalau aku pun tak mampu berhadapan dengan masalah sebesar itu..
Ibunya meninggal dunia bersama adik di kandungan pada umurnya 2 tahun..Terlalu kecil untuk dia terima semua ini..
Ceritanya bermula apabila kematian ibunya dan ibuku merupakan individu yang mengambil kakak dan abangnya dari sekolah..Jadi adik beradik ini rapat dengan keluarga ku..
Jadi ibu yang menjaga adik sepanjang ayahnya bekerja..
Suatu hari..ayah adik menghantar adik ke rumah seperti biasa..Tapi waktu itu di tangannya membawa beg berisi baju..Ibu pelik dan bertanyakan perihal beg itu..
Katanya "Aku serahkan anak ini untuk kau jaga" dan kemudian ayah adik berpindah jauh ke tempat lain..
Jujurnya bukan mudah untuk aku dan adik-adik terima orang baru dalam keluarga..Tapi kerana kasih sesama manusia aku terima adik dengan hati yang terbuka.. Cuma bukan kepada adik bongsuku..Agak lama mahu menerima adik.
Kami besarkan adik dengan didikan agama dan apa yang membanggakan seawal umur 8 tahun adik sudah khatam al-Quran..
Kini, aku dan angah sibuk belajar jauh dari ibu dan ayah dan adik bongsuku masuk asrama..
Tinggal ibu, ayah dan adik di rumah.
Rupanya ada hikmah Allah bagi adik dalam keluarga aku..Untuk teman ibu dan ayah saat anak-anakya jauh..
Kini sudah 6 tahun adik bersama kami. dan kami lah keluarganya..
Adik Oh Adik..
Pesan along jadilah orang berguan dan membanggakan ibu dan ayah kita walaupun kita bukan dalam darah yang sama...
BBM3410/18: Flatlay
~Minggu 5~
Kuliah Minggu 5 disambung dengan tugasan fotografi jenis flatlay. Apa itu flatlay??
Flatlay tu cara ambil gambar secara rata dari atas..
Ada 4 jenis flatlay iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay...
Haa kena la ambil gambar dengan 4 jenis flatlay tu dengan produk yang berbeza...
jumlah semua 20 gambar dan tarikh hantar tugasan jam 12.30 tengah hari..
Apa??? Tapi....kena apa? Kena la redha (terngiang-ngiang kata-kata Prof)...hahhahaha...
Semua ahli kumpulan duk sibuk keluarkan segala barang yang ada untuk selesaikan tugasan..
Kumpulan kami membuat 5 tema iaitu Money, Luxury, Sport, Beauty dan Education...
Segala benda yang ada di badan kami guna sebagai produk untuk hasilkan fotografi flatlay..
Tapi bukan baju dan seluar laa.. Segala barang kemas, barang make up dan segala macam barang kami cuba sediakan untuk ikut 5 tema tu...
Jam hampir menunjukkan 12.30..Tugasan ini mudah tetapi nak cari barang sebagai produk agar sukar...Jadi kami pun upload gambar...Selesai lah tugasan minggu kelima..
Tapi...Jeng..Jeng..Jeng ..
Rupa-rupanya ada kesalahan dan kami diminta post semula pada jam 9.00 malam...
Produk yang digunakan haruslah berlainan untuk semua flatlay..jadi kami kena sediakan 20 produk yang berbeza...
Apa kena buat? REDHA...
Maka, setiap ahli kumpulan kena sediakan satu atau 2 flatlay sebelum jam 9 mlaam dan kami di share di Instagram...

Wednesday, October 3, 2018
BBM3410/18: Siapa suruh masuh tentera?
~Minggu 4~
Kalau tahu sakit begini,
Lebih baik duduk di kampung,
Tanam ubi dan tanam jagung.
Bait-bait lagu ni mengingatkan aku tentang jerih payah dan pengalaman sepanjang 3 tahun bergelar Pegawai Kadet PALAPES UPM.
18 Ogos yang lepas aku baru ditauliahkan sebagai pegawai muda. Tidak semua oarang sanggup meyertai PALAPES yang mana aktivitinya sama dengan tentera yang sebenar.
3 tahun aku ini aku belajar erti hidup dalam kerjasama, hidup dengan disiplin dan hidup dalam keadaan yang tidak selesa.
Tapi, di PALAPES juga aku tahu erti tanggungjawab dan kerjasama. Semua pekerjaan yang kami lakukan memerlukan kerajsama yang tinggi. Tidak hairanlah hubungan kami sesama anggota PALAPES ini sudah bagai adik-beradik.
Tidur beralaskan tanah berbantalakn ranting kayu dan berbumbungkan awan dan ada ketikanya muka menjadi tadahan air hujan. Pengalaman ini aku tidak akan lupa sampai bila-bila.
Pernah ada orang bertanya, ini ke yang aku nak di universiti ni? Kenapa ada hidup yang senang tapi kau pilh hidup yang susah?
Jawapannya hanya satu..PENGALAMAN DAN TANGGUNGJAWAB!
Kalau bukan kami siapa lagi yang akan menjadi benteng kedua negara?
Kalau bukan kami siapa yang kaan tahu jerih payah seorang anggota tentera sebenar?
Dan kalau bukan kami siapa yang akan merasai pengalamn sebagi seorang anggota tentera?
Siapa suruh masuk tentera?
Jawapannya HATI dan JIWA kami !
BBM3410/18: Jalan-jalan Cari Makan
~Minggu 4~
25 September 2018, Fakulti Bahasa dan Komunikasi julung-julung kali mengadakan Pesta Makanan Tradisional... Majlis ini disempurnakan oleh Naib Canselor dan kami warga BBM3410 menjadi pengunjug wajib pesta ini kerana ada tugasan perlu diselesaikan...
Sewal jam 9 pagi aku dan ahli kumpulan yang lain dan bertapak di FBMK di perkarangan rumah warisan Melayu.. Jam 9 masih belum banyak gerai-gerai yang dibuka...
Kelihatan kelibat pensyarah-pensyarah fakulti bahasa membuka gerai-gerai mereka...
Saat ini mata warga BBM3410 melilau mencari kelibat Prof untuk bergambar bersama kerana individu yang bergambar bersama Prof akan dapat markah lebih...Tidak senang duduk Prof dibuatnya..
Selesai majlis perasmian, kami pun memulakan langkah mencari judah tradisional mengisi perut yang berkeroncong ini.. Pelbagai juadah dijual spserti laksa, ubi rebus, makanan tradisional negeri dan macam-macam lagi..
Aku pula tertarik dengan rojak cucur udang...Teringat pula cucur udang ibu di kampung...
Selesai tawaf pesta makanan tersebut hampir 5 kali..
Di pesta makanan ini pelbagai aktiviti dijalankan seperti mewarna, merasa makanan dan sebagainya..
Penampilan khas demonstrasi makanan oleh Chef Selebriti Dr Muhammad Shahrim bin Karim yang juga merupakan warga UPM..
Pesta makanan ini tamat pada jam 5 petang..
BBM3410/18: Emel Oh Emel !
~ Minggu 4~
Tugasan Minggu 4 datangnya jauh dari Temasek..Uishh jauh betul tugasan kali ni. Jadinya tugasan minggu ni hanya dalam Putrablast kerana Prof tidak dapat mengadakan kuliah kerana berada di Singapura...
Tugasan kali ini Prof meminta mengemukakan pendapat tentang jenis-jenis media massa di Buku BOOM..tugasan ni perlu di emel kepada Prof jam 2 hingga 3 petang sahaja..
Aku selesai tugasan jam 1 petang.. Maka aku pun mengisi perut yang sudah bergendang seperti paluan gendang traian naga daan menyempurnakan solat Zuhur sementra menuggu jam 2...
Jam sudah berputar ke no 2...maka aku segera menghadap laptop bagi mengemel tugasan..
Bahagianya lah hidup tugasan dah diselesaikan..
Tiba-tiba (nak buat cerita seram ni), aku mendapat emel dari boxbe mneytakan emel aku tidak sampai kepada Prof..
Fuhh..berpeluh-peluh aku...Ahh sudah... ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari..
Malam itu aku mendapat maklumat bahawa hanay 20 orang sahaja yang diterima emelnya kerana yang lain tidak menepati apa yang dikehendaki oleh Prof..
nampaknya kami yang 60 orang ni hilang 10 markah tugasan individu...
Hai la emel..
Emel Oh Emel !
Subscribe to:
Posts (Atom)