Thursday, October 18, 2018

Simpulan Bahasa

~ Tugasan Minggu 6 (Simpulan Bahasa) ~

Untuk tugasan minggu 6 ni, Prof minta setiap kumpulan mengambil gambar berdasarkan simpulan bahasa yang dipilih. Setiap kumpulan perlu memilih 10 simpulan bahasa dan mengambil gambar berdasarkan makna simpulan bahasa tersebut. Misalnya la..kalau simpulan bahasa 'kaki bangku', maka gambar yang kita ambil dan lakonkan tu bermaksud tak pandai main bola...Haa faham tak?
Maka, wakil kumpulan pun berlari berkejaran la untuk pilih simpulan bahasa yang maknanya senang nak dilakonkan..Buatnya kalau simpulan bahasa 'berat sebelah' maksudnya tidak adil..haa sudah nak buat gaya apa tidak adil tu..Maka, pemilihan simpulan bahasa tu sangat penting supaya apa yang nak disampaikan melalui gambar tu sampai maknanya...
Dah malas nak membebel panjang-panjang..
Aku nak bagi teka-teki ni...
Tengok gambar kat bawah ni ape simpulan bahasa yang sesuai..

p/s: gambar hanya lakonan semata-mata


Macam model iklan biskut dah


Yang ni dah kenapa duduk sorang-sorang


Amboi kak, makan sorang ke tu? Hati-hati...hihihihi


Haa yang ni hanya lakonan ye.. yang sebenar sopan orangnya..

Gambar sape tu kena koyakkkk?




Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: 18.8.2018

~Minggu 5~

Setelah penat lelah 3 tahun seorang pegawai kadet, mereka akan ditauliahkan sebagai seorang Pegawai Muda...
Kali ni aku nak cerita pasal pentauliahan aku sepanjang 2 minggu dan bergelar pegawai kadet..
2 minggu pentauliahan di USM bukan sesuatu yang mudah..Bak kata skuad aku yang lain..Nak tauliah pun susah..
Memang la..Nak capai sesuatu bukan mudah..
2 minggu di bawah langit USM yang kadang kala tiada awan..amat mencabar diri kami walaupun sudah biasa berada di bawah terik matahari..
Tapi kali ni betul-betul mencabat..Aku duduk di barisan hadapan sekali...
Mendengar rakan-rakan jatuh pengsan di belakang amat menduga moral kami..
Ya..yang terbaik harus diberikan untuk pentauliahan ini kerana nama kami membawa nama UPM dan kawad ini akan dipertontonkan dihadapan DYMM Rja Muda Perlis dan Naib Canselor UPM dan universiti-universiti lain...
Tanggal 18.8.2018 tarikh yang dipilih oleh ramai pasangan sebagai tarikh perkahwinan tetapi bagi kami tarikh ini membawa 1001 kenangan dan inilah kemuncak penat lelah kami sepanjang 3 tahun bergelar pegawai kadet.
Tarikh ini tidak akan aku lupa sampai bila-bila...
Alhamdulillah...Kini aku bergelar....
Lt Muda Nur Fatin Asyilah binti Abdul Rahim...

BBM3410/18: ADIK

~Minggu 5~

Mungkin cerita kali ni agak serius sikit...Aku mempunyai 3 orang adik-beradik 2 perempuan dan 1 lelaki..
Tak pernah terfikir akan ada adik lagi..
Haa  jangan fikir macam-macam.. Ni kisah adik angkat aku..
Muhammad Noor Adha bin Roszaini..gelagat naka kecil ini seperti tiada masalah dalam hidupnya..Sedangkan kalau aku pun tak mampu berhadapan dengan masalah sebesar itu..
Ibunya meninggal dunia bersama adik di kandungan pada umurnya 2 tahun..Terlalu kecil untuk dia terima semua ini..
Ceritanya bermula apabila kematian ibunya dan ibuku merupakan individu yang mengambil kakak dan abangnya dari sekolah..Jadi adik beradik ini rapat dengan keluarga ku..
Jadi ibu yang menjaga adik sepanjang ayahnya bekerja..
Suatu hari..ayah adik menghantar adik ke rumah seperti biasa..Tapi waktu itu di tangannya membawa beg berisi baju..Ibu pelik dan bertanyakan perihal beg itu..
Katanya "Aku serahkan anak ini untuk kau jaga" dan kemudian ayah adik berpindah jauh ke tempat lain..
Jujurnya bukan mudah untuk aku dan adik-adik terima orang baru dalam keluarga..Tapi kerana kasih sesama manusia aku terima adik dengan hati yang terbuka.. Cuma bukan kepada adik bongsuku..Agak lama mahu menerima adik.
Kami besarkan adik dengan didikan agama dan apa yang membanggakan seawal umur 8 tahun adik sudah khatam al-Quran..
Kini, aku dan angah sibuk belajar jauh dari ibu dan ayah dan adik bongsuku masuk asrama..
Tinggal ibu, ayah dan adik di rumah.
Rupanya ada hikmah Allah bagi adik dalam keluarga aku..Untuk teman ibu dan ayah saat anak-anakya jauh..
Kini sudah 6 tahun adik bersama kami. dan kami lah keluarganya..
Adik Oh Adik..
Pesan along jadilah orang berguan dan membanggakan ibu dan ayah kita walaupun kita bukan dalam darah yang sama...


BBM3410/18: Flatlay

~Minggu 5~

Kuliah Minggu 5 disambung dengan tugasan fotografi jenis flatlay. Apa itu flatlay??
Flatlay tu cara ambil gambar secara rata dari atas..
Ada 4 jenis flatlay iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay...
Haa kena la ambil gambar dengan 4 jenis flatlay tu dengan produk yang berbeza...
jumlah semua 20 gambar dan tarikh hantar tugasan jam 12.30 tengah hari..
Apa??? Tapi....kena apa? Kena la redha (terngiang-ngiang kata-kata Prof)...hahhahaha...
Semua ahli kumpulan duk sibuk keluarkan segala barang yang ada untuk selesaikan tugasan.. 
Kumpulan kami membuat 5 tema iaitu Money, Luxury, Sport, Beauty dan Education...
Segala benda yang ada di badan kami guna sebagai produk untuk hasilkan fotografi flatlay..
Tapi bukan baju dan seluar laa.. Segala barang kemas, barang make up dan segala macam barang kami cuba sediakan untuk ikut 5 tema tu...
Jam hampir menunjukkan 12.30..Tugasan ini mudah tetapi nak cari barang sebagai produk agar sukar...Jadi kami pun upload gambar...Selesai lah tugasan minggu kelima..
Tapi...Jeng..Jeng..Jeng ..
Rupa-rupanya ada kesalahan dan kami diminta post semula pada jam 9.00 malam...
Produk yang digunakan haruslah berlainan untuk semua flatlay..jadi kami kena sediakan 20 produk yang berbeza...
Apa kena buat? REDHA...
Maka, setiap ahli kumpulan kena sediakan satu atau 2 flatlay sebelum jam 9 mlaam dan kami di share di Instagram...
Maka aku pun keluarkan segala barang yang ada dan ketuk-ketuk pintu jiran bilik sebelah untuk siapkan tugasan ni...
Selesai lah tugasan minggu 5 dengan jayanya..
Harap-harap lepas ni aku boleh jadi photographer hebat suatu hari nanti..Tinggi gak cita-cita tu..
Aku kongsikan aksi-aksi kumpulan aku..




Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18: Siapa suruh masuh tentera?

~Minggu 4~

Siapa suruh masuk tentera,
Kalau tahu sakit begini,
Lebih baik duduk di kampung,
Tanam ubi dan tanam jagung.

Bait-bait lagu ni mengingatkan aku tentang jerih payah dan pengalaman sepanjang 3 tahun bergelar Pegawai Kadet PALAPES UPM.
18 Ogos yang lepas aku baru ditauliahkan sebagai pegawai muda. Tidak semua oarang sanggup meyertai PALAPES yang mana aktivitinya sama dengan tentera yang sebenar.
3 tahun aku ini aku belajar erti hidup dalam kerjasama, hidup dengan disiplin dan hidup dalam keadaan yang tidak selesa.
Tapi, di PALAPES juga aku tahu erti tanggungjawab dan kerjasama. Semua pekerjaan yang kami lakukan memerlukan kerajsama yang tinggi. Tidak hairanlah hubungan kami sesama anggota PALAPES ini sudah bagai adik-beradik.
Tidur beralaskan tanah berbantalakn ranting kayu dan berbumbungkan awan dan ada ketikanya muka menjadi tadahan air hujan. Pengalaman ini aku tidak akan lupa sampai bila-bila.
Pernah ada orang bertanya, ini ke yang aku nak di universiti ni? Kenapa ada hidup yang senang tapi kau pilh hidup yang susah?
Jawapannya hanya satu..PENGALAMAN DAN TANGGUNGJAWAB!
Kalau bukan kami siapa lagi yang akan menjadi benteng kedua negara?
Kalau bukan kami siapa yang kaan tahu jerih payah seorang anggota tentera sebenar?
Dan kalau bukan kami siapa yang akan merasai pengalamn sebagi seorang anggota tentera?
Siapa suruh masuk tentera?
Jawapannya HATI dan JIWA kami !




BBM3410/18: Jalan-jalan Cari Makan

~Minggu 4~

25 September 2018, Fakulti Bahasa dan Komunikasi julung-julung kali mengadakan Pesta Makanan Tradisional... Majlis ini disempurnakan oleh Naib Canselor dan kami warga BBM3410 menjadi pengunjug wajib pesta ini kerana ada tugasan perlu diselesaikan...
Sewal jam 9 pagi aku dan ahli kumpulan yang lain dan bertapak di FBMK di perkarangan rumah warisan Melayu.. Jam 9 masih belum banyak gerai-gerai yang dibuka...
Kelihatan kelibat pensyarah-pensyarah fakulti bahasa membuka gerai-gerai mereka...
Saat ini mata warga BBM3410 melilau mencari kelibat Prof untuk bergambar bersama kerana individu yang bergambar bersama Prof akan dapat markah lebih...Tidak senang duduk Prof dibuatnya..
Selesai majlis perasmian, kami pun memulakan langkah mencari judah tradisional mengisi perut yang berkeroncong ini.. Pelbagai juadah dijual spserti laksa, ubi rebus, makanan tradisional negeri dan macam-macam lagi..
Aku pula tertarik dengan rojak cucur udang...Teringat pula cucur udang ibu di kampung...
Selesai tawaf pesta makanan tersebut hampir 5 kali..
Di pesta makanan ini pelbagai aktiviti dijalankan seperti mewarna, merasa makanan dan sebagainya..
Penampilan khas demonstrasi makanan oleh Chef Selebriti Dr Muhammad Shahrim bin Karim yang juga merupakan warga UPM..
Pesta makanan ini tamat pada jam 5 petang..




BBM3410/18: Emel Oh Emel !

~ Minggu 4~

Tugasan Minggu 4 datangnya jauh dari Temasek..Uishh jauh betul tugasan kali ni. Jadinya tugasan minggu ni hanya dalam Putrablast kerana Prof tidak dapat mengadakan kuliah kerana berada di Singapura...
Tugasan kali ini Prof meminta mengemukakan pendapat tentang jenis-jenis media massa di Buku BOOM..tugasan ni perlu di emel kepada Prof jam 2 hingga 3 petang sahaja..
Aku selesai tugasan jam 1 petang.. Maka aku pun mengisi perut yang sudah bergendang seperti paluan gendang traian naga daan menyempurnakan solat Zuhur sementra menuggu jam 2...
Jam sudah berputar ke no 2...maka aku segera menghadap laptop bagi mengemel tugasan..
Bahagianya lah hidup tugasan dah diselesaikan..
Tiba-tiba (nak buat cerita seram ni), aku mendapat emel dari boxbe mneytakan emel aku tidak sampai kepada Prof..
Fuhh..berpeluh-peluh aku...Ahh sudah... ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari..
Malam itu aku mendapat maklumat bahawa hanay 20 orang sahaja yang diterima emelnya kerana yang lain tidak menepati apa yang dikehendaki oleh Prof..
nampaknya kami yang 60 orang ni hilang 10 markah tugasan individu...
Hai la emel..
Emel Oh Emel !