Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: ASAS GRAFIK

ASAS GRAFIK

Asas grafik merujuk kepada asas -asas yang perlu ada bagi sesebuah grafik agar grafik yang dihasilkan dapat menyampaikan maksud yang tertentu. Grafik yang berpandukan kepada asa

Lima elemen yang penring dalam asas grafik :

1. Mudah
- Sesuatu grafik yang dipilih haruslah bersifat mudah dan tidak serabut. Sesuatu grafik yang sarat dengan teks dan gambar yang banyak akan menyusahkan untk memahami maksud yang ingin disampaikan melalui gambar tersebut.

2. Keseimbangan
- Sesuatu grafik haruslah mempunyai keseimbangan daripada setiap sudut dan tidak memberat kepada sesuatu sudut sahaja. Ruang bagi setiap sudut juga mestilah seimbang.

3. Kesesuaian
- Grafik haruslah sesuai dengan tulisan dan makna yang ingin disampaikan melaluinya. Keseuaian grafik ditentiukan berdasarkan maksud yang ingin disampaikan.

4. Warna 
- Warna memainkan peranan penting dalam sesebuah grafik. Pemilihan warna bagi sesuatu grafik mestilah sesuai dan seimbang. Penggunaan tulisan yang gelap kepada gamabar yang gelap adalah tidak sesuai dan seharusnya warna gambar dan tulisan haruslah bertentangan.

5. Teks
- Teks yang digunakan dalam sesuatu grafik haruslah ringkas, padat dan berinformasi. Pemilihan jenis fon dan saiz fon mestilah bersesuaian dengan saiz grafik.



No comments:

Post a Comment