Sunday, November 11, 2018

SARAWAK BUMI KENYALANG

~Minggu 9~

Post kali ni nak cerita pengalaman aku ke Sarawak..
Ni pertama kali la aku pergi Sarawak..Aku memang teringin nak pergi Sarawak..
Teringin nak tengok kaum yang pelbagai kat sana..budaya dan makanan kat sana..
Yang paling utama teringin nak tengok keadaan rumah panjang...
Maka, aku diberi peluang berpijak di bumi kenyalang ni...
Terima kasih kepada Ameerul dan Faiz la..kalau tak sebab mereka ni tak sampai aku di bumi Sarawak..
Kira Ameerul dan Faiz tu pemandu pelancong laa..hahahhahaha
Aku dibawa ke UPM Bintulu untuk lihat kampus kat sana..
Seronok dapat meneroka kampus UPM di Bintulu...
Aku dibawa merasa mi kolok..mi kolok ni lebih kurang la rupanya dengan mi maggi..
Mi kolok ni dimasak kering dan dihidang dengan kuah sup..memang pelik la makan mi maggi dengan kuah sup macam tu..
Lepas tu aku merasa laksa Sarawak..memang sedap...
Selain makanan-makanan tu aku pun dibawa merasai kenikmatan Sup Kawah..ni lagi satu...Fuhh sedap tak terkata la..Sup kawah kat tempat tu memang sedap dan highly recommend...
Makanan viral pelajar UPM Bintulu..Burger Ahza..aku pun rasa la burger Ahza yang selalu disebut-sebut akak-akak kat blok..Pehh..cheese dia terbaikk...
Memang berat aku naik 3 kilo la balik dari Sarawak ni..
Kat Bintulu ni aku menginap di Kampung Penan Muslim, rumah ibu angkat Ameerul..
4 hari kat Sarawak ni memang berjalan je kerja..
Aku pergi ke Miri yang mengambil masa perjalanan 2 jam dengan jalan yang sebegitu rupa umpama menaiki roller coaster. 
Di Miri aku ke Pantai Tusan dan memang penat la semata-mata nak pemandangan cantik je..habis basah seluar kena air pantai..
Tapi pemandangan situ..Subhananallah cantik sangat..Macam kat luar negara..
Aku hanya dapat tengok rumah panjang yang dah diubahsuai bukan macam yang dulu..
Takpe ada rezeki boleh pergi lagi...
Makanan kat Sarawak memang A lagi-lagi kek lapis la...cuma nasi berlauk kats semenanjung lagi A la..Aku tak boleh nak terima masakan nasi berlauk kat sana..Mungkin cara memasak yang berlainan..
Banyak lagi nak cerita tapi takut bosan pulak baca panjang-panjang.. nanti kalau nak tau lagi cerita..komen..aku cerita di post yang lain..
Aku tinggalkan gambar untuk tatapan semua..


Pantai Tusan

Grand Old Lady, Miri

Pantai Tanjung Batu

Laksa Sarawak

Sup kawah


Monday, November 5, 2018

Prof Selebriti

~ Minggu 9~

Tugasan minggu ni ialah tugasan atas talian. Pagi-pagi kami dikejutkan dengan pesanan mesra. Dah semua sibuk nak sambung cuti kan. Bangun la awal sikit sekali-sekala. Semua tugasan yang Prof bagi semua ada hikmah. Kita kena REDHA.
Untuk tugasan atas talian minggu ni...kami diminta untuk tonton program Assalamualaikum saluran TV Alhijrah dihoskan oleh Ashraf Muslim dan Irma Hasmie..
Jarang sangatlah tengok program bual bicara pagi-pagi macam ni..
Rupanya Prof kita masuk tv..Haa kau ado?
Prof berkongsi tentang tajuk pemartabatan Bahasa Melayu dan Pengharmonian Hubungan Antara Kaum melalui Alam Siber...
Ada Ashraf Muslim boleh la cuci mata sekali...Hahahahahhaha..
Dah selesai menonton, maka kami pun tunggu la bulan jatuh ke riba... Eh salah..
Menunggu tugasan dari Prof.
Kami diminta upload gambar Prof dan hashtag yang diberikan iaitu
#MartabatBahasaMelayuUPM
#PengharmonianAntaraKaum
#pendapat/komen

Punyalah takut siap catat isi apa yang Prof cakap..Nasib baik kena post gambar je..
Saya kongsikan video bual bicara bersama Prof dalam Tv AlHijrah..
Kelas la Prof..




Friday, November 2, 2018

Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

~Minggu 8~

Aku yang dulu:


Apa kena-mengena gambar dengan tajuk?
Sebenarnya aku nak kongsi tentang perubahan muka aku yang dulu kepada yang sekarang. Semakin membaik. Dan tentunya, semakin cantik...Hahahahaha gurau je..
Aku tak adalah guna macam-macam produk tapi aku nak sarankan untuk guna aloe vera gel.
Aku beli aloe vera guardian yang harga RM8.99 je. Tak mahal pun.
Mula-mula aku beli untuk hilangkan belang pada muka tapi lama-kelamaan aku pakai jerawat aku semua hilang.
Aku pun sarankan kepada sepupu aku yang ada masalah yang sama untuk guna produk tu..
Dan hasilnya..Wow!! Semakin membaik.

Aku yang sekarang:


Tak ada la cantik sangat. Tapi alhamdulillah..jerawat makin kurang muka tak kering dan kurang berminyak...




Ms Ragaman

~Minggu 8~

Kali ni aku nak cerita perkara paling penting dalam hidup iaitu MAKAN.
Aku bukanlah seorang yang memilih dan cerewet sangat pasal makanan. Tapi, bila angin kus kus datang dan mood mula melayang menandakan bendera merah semakin hampir. Apa yang aku cari ialah makanan western.
Aku dapat je makan spagethi ke, chicken chop ke, mushroom soup ke... menari yak yak yong aku..
Aku ni lidah kampung je tapi bila angin kus kus datang mulalah tukar lidah orang putih..
Haihh la lidah..
Tu bab makan..Bab air pulak..
Tak lengkap hari aku kalau tak kena teh ais. Sampaikan gerai makan di KOSASS tu dah tau dah aku akan order air apa.
Ada cerita sebenarnya pasal teh ais ni.
Nak dijadikan cerita, ayah aku mengurat mak aku dengan teh ais la..hahahahha
Ayah aku tiap hari belikan teh ais ikat tepi untuk mak aku waktu kerja sama-sama dulu..
sampai ikat tepi tu jadi ikatan yang sah..
Hahahahahhaha..
Aku pun nak orang mengurat aku nanti dengan teh ais la..hahahahaha...takde la gurau je..
Jadi, siapa dah baca post ni boleh la belanja teh ais dan spagethi..
Dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih....
Hahahahaahha...
Macam-macam ragam kan..
Nasib kau la Ms Ragaman...

Tuesday, October 30, 2018

Oh Oh Oh Balik Kampung

~ Minggu 8~

Bermula cuti pertengahan semester, jangan risau. Prof ada bekalkan kerja di rumah.
Tak banyak pun dan kerja yang biasa sahaja. Kami diminta untuk post 10 gambar sepanjang seminggu berada di kampung.
Tapi, perkara tu jadi masalah besar pada aku.
Kat kampung memang susah nak dapat line internet ni..
Tak la duk pendalaman sangat..
Kalau nak post tu aku terpaksa ke pekan baru la dapat post..
Pastu dapat pesanan mesra daripada ketua kelas bahawa kami perlu ambil gambar tangan menunjukkan"ok"jika mahukan kelas atas talian pada hari Isnin minggu hadapan kerana hari Selasa merupakan perayaan Deepavali.
Siapa yang tak mahu sambung cuti kan?
Aku pun hidupkan enjin motor dan merempit ke pekan...
Sampai pekan aku singgah kedai menjual pisang goreng dan mengambil gambar tangan menunjukkan tanda 'ok' dan post ke instagram.
Ada hikmah juga tugasan Prof ni..hahahahaha
Dapat minum petang dengan pisang goreng..
Maka, kami dapat keputusan bahawa hari Isnin hanya kuliah atas talian sahaja..
Sambunglah cuti wahai rakan-rakan....



Thursday, October 25, 2018

MAMBO

~ Minggu 7~

Post kali ni nak cerita pasal macam mana aku dapat nama panggilan 'Mambo'.

Nama sebenar aku sangat lah indah. Nur Fatin Asyilah binti Abdul Rahim maksudnya 'cahaya asli yang canti menawan'. Tapi, ramai yang panggil aku 'Mambo'.
Haa mesti nak tau kan apa maksud Mambo? Mana dapat nama Mambo?
Sabar ye anak-anak...
Aku dapat nama panggilan Mambo sejak tingkatan 3. Sebelum tu, orang panggil aku Syila. Ayu gila kan nama Syila.. Hahahahhaha
Siapa kenal artis Sheila Mambo?
Haa dari situ la tercetusnya nama Mambo tu. Sejak tu memang orang kenal aku dengan nama Mambo tu. Sampai cikgu-cikgu semua panggil dengan nama tu..
Maka, aku pun dah buat keputusan bahawa kat universiti nanti aku tak nak dah bawa nama Mambo tu. Sebab kalau aku kenalkan diri dengan nama tu semua pelik.
Jadi aku perkenalkanlah diri aku dengan nama Fatin di UPM dan di KOSASS.
Namun, nama tu kekal hanya dalam 3 bulan awal je.
Waktu berbaris malam training PALAPES, ada suara yang berkata, "Mambo mana Mambo?"
Ahh sudah siapa tahu nama panggilan aku pulak kat sini?
Aku pun mengangkat kepala dan menyahut perlahan "Saya".
Semua pandang dengan soalan yang biasa aku dengar?
Kenapa Mambo?
Apa maksud Mambo?
Rupanya, jurulatih aku waktu itu adalah adik kepada cikgu aku di tingkatan 6.
Cikgu aku berpesan untuk mencari aku yang masuk PALAPES waktu tu...
Maka, aku simpulkan kat sini bahawa nama Mambo tu memang melekat kat aku..
Kalau datang KOSASS atau PALAPES cari nama Fatin Asyilah memang la tak jumpa.
Kena sebut nama Mambo..Barulah OHHH MAMBO..
Cuma dengan rakan sekelas BLM tak kenal nama Mambo..
Tapi..
Aku rasa dengan nama Mambo tu aku lagi selesa.. Nama tu buat orang lagi rapat dengan aku..
Jadi, kalau dalam perkara yang tak formal aku selesa kenalkan nama panggilan 'Mambo'.

Aku lampirkan gambar pemilik nama Mambo tu.




Surabaya in Memory

~ Minggu 7~

Hai..harini aku nak cerita tentang pengalaman aku di Surabaya.
Aku ke Surabaya, Indonesia di bawah program mobiliti anjuran KOSASS pada 9 Oktober 2017 hingga 22 Oktober 2017.
Inilah pengalaman pertama aku ke luar negara dan menaiki kapal terbang.
Aku review sikit la pasal Surabaya ni..
First, bab makanan. Perkara paling penting kalau pergi negara/ negeri lain. Bagi aku makanan kat sana lebih kurang macam Malaysia. Cuma aku memang tak makan pedas so aku tak makan penyetan kat sana. Kawan-kawan yang lain kata sambal dia memang padu. Nama makanan tu jangan pelik la, memang macam-macam seperti Rawon Setan. Rawon setan ni adalah sup daging  dan dimakan dengan nasi putih dan agak pedas.
Untuk tempat menarik pula, Surabaya ni dikenali sebagai Kota Pahlawan. Jadi banyak tinggalan sejarah yang boleh dilawati.
Tempat untuk shopping pun biasa-biasa je tak seperti Bandung yang memang tempat shopping .
Aku berada di Surabaya selama 2 minggu dan banyak pengalaman dan belajar budaya masyarakat di Surabaya ni.
Surabaya ni memang setiap masa akan "macet" iaitu jam. So, kalau korang ke sana jangan hairan la kalau jalan raya tu penuh dan bising bunyi hon.
Bagi aku, masa muda ni la peluag untuk pergi/ melawat negeri atau negara lain. Belajar budaya mereka dan rasa makanan mereka.