Tuesday, December 11, 2018

BBM3410/18: Muka Buku

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama menyepi di Facebook, akhirnya demi tugasan Prof yang boleh dikira terakhir ni la.. kami diminta memuat naik dua post di Facebook...
Sementara tu sempat la jugak aku tengok balik post gambar-gambar lama zaman we chat, zaman jahiliyah la senang kata..
Dalam post ni kami diminta meluahkan perasaan terhadap subjek BBM3410 ni..Kali ni Prof la pulak kena redha.
Tapi jujur aku kata dalam 3 tahun sebagai pelajar Bahasa dan Linguistik Melayu di UPM, subjek ni la subjek yang paling gila-gila remaja..
Semua happening dalam kelas ni
Dan yang paling penting, Prof sempoi habis..
Terima kasih Prof.
Kalau saya jadi pelakon atau dapat masuk Dewi Remaja saya jumpa Prof!
Hahahahahahahaha...






Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: VIDEO TANPA WAJAH

VIDEO TANPA WAJAH 

Video tanpa wajah ialah rakan video yang dimbil tanpa mempamerkan wajah.

  • video yang dimbil mestilah dari paras dada hingga kaki.
  • video ini tidak mempamerkan ekpresi pada wajah tetapi ekspresi itu ditonjolkan daripada perbuatan dan gaya.
  • video ini juga harus mempunyai jalan cerita. Hal ini kerana melalui jalan cerita inilah audien akan memahami maksud dan perasaan yang ingin disampaikan.
  • video ini mempunyai suatu fokus sama ada tangan, kaki atau benda.
  • video ini juga boleh dimbil daripada belakang pelakon asalkan tidak menampakkkan wajahnya.
Video tanpa wajah yang menarik haruslah mempunyai jalan cerita yang logik dan lengkap. Hal ini akan memberi kefahaman kepada audien tentang apa yang ingin disampaikan.

BBM3410/18: VIDEO ONE SHOT

VIDEO ONE SHOT


  • Video One Shot merupakan video yang diambil pada satu shot sahaja. 
  • Video One Shot ini tidak melibatkan proses mengedit atau menmbah sebarang ilustrasi atau jenis mood.
  • Posisi kamera semasa menjalankan rakaman video one shot ini adalah dalam keadaan statik dan tidak bergerak sama ada ke kiri atau ke kanan.
  • Hanya pelakon sahaja yang akan keluar dan masuk dalam rakaman tersebut.
  • Video One Shot ini juga tidak boleh ditpotong tampal, tidak boleh diberhentikan sementara dan lain-lain.
  • Video ini akan berjalan mengikut masa yang ditetapkan misalnya habis sebuah lagu. 
  • Video One Shot dapat dibahagikan kepada dua iaitu:
  1. Video One Shot Two Layer
    • mempuyai dua  situasi bagi suatu video. Misalnya, ada seorang penyanyi dan 3 orang berlakon dalam satu shot yang sama. 
    • dalam shot tersebut tidak boleh ada sebarang pergerakan melainkan dua situasi itu sahaja.
  2. Video One Shot Three Layer
    • sama seperti two layer tetapi ditambah dengan satu layer lagi yang tidak dirancang.
    • situasi pada layer ketiga mestilah tidak dirancang dan secara spontan,\.
    • misalnya, kenderaan yang bergerak, manusia yang lalu lalang dan pokok yang ditiup angin.
Ketiga-tiga video one shot  ini haruslah mempunyai jalan cerita

BBM3410/18: PAPAN CERITA

PAPAN CERITA

Papan cerita merujuk kepada suatu lakaran tentang perancangan yang akan dilaksanakan bagi sesuatu skrin multimedia. Papan cerita harus dilakukan agar menjadi panduan kepada perjalanan cerita yang ssbenar. Papan cerita juga merupakan gambaran awal bagi sesebuah cerita.
  • Papan cerita menggambarkan turutan isi kandungan yang akan menunujukkan jalan cerita bagi sesuatu cerita yang ingin dihasilkan.
  • Papan cerita melibatkan animasi, grafik dan lain -lain yang menunjukkan perkembangan cerita dari permulaan, perkembangan, klimaks dan pengakhiran cerita.
  • Sesuatu papan cerita itu melibatkan teks, saiz grafik, warna, halaman dan jenis bingkai mengikut kesesuaian cerita. 
  • Sesuatu papan cerita boleh mengiku susunan sama ada ke kanan atau ke bawah secara berturutan.
  • Animasi yang dihasilkan haruslah bersesuaian dengan watak yang ingin disampaikan bagi sesebuah cerita.

BBM3410/18: ASAS GRAFIK

ASAS GRAFIK

Asas grafik merujuk kepada asas -asas yang perlu ada bagi sesebuah grafik agar grafik yang dihasilkan dapat menyampaikan maksud yang tertentu. Grafik yang berpandukan kepada asa

Lima elemen yang penring dalam asas grafik :

1. Mudah
- Sesuatu grafik yang dipilih haruslah bersifat mudah dan tidak serabut. Sesuatu grafik yang sarat dengan teks dan gambar yang banyak akan menyusahkan untk memahami maksud yang ingin disampaikan melalui gambar tersebut.

2. Keseimbangan
- Sesuatu grafik haruslah mempunyai keseimbangan daripada setiap sudut dan tidak memberat kepada sesuatu sudut sahaja. Ruang bagi setiap sudut juga mestilah seimbang.

3. Kesesuaian
- Grafik haruslah sesuai dengan tulisan dan makna yang ingin disampaikan melaluinya. Keseuaian grafik ditentiukan berdasarkan maksud yang ingin disampaikan.

4. Warna 
- Warna memainkan peranan penting dalam sesebuah grafik. Pemilihan warna bagi sesuatu grafik mestilah sesuai dan seimbang. Penggunaan tulisan yang gelap kepada gamabar yang gelap adalah tidak sesuai dan seharusnya warna gambar dan tulisan haruslah bertentangan.

5. Teks
- Teks yang digunakan dalam sesuatu grafik haruslah ringkas, padat dan berinformasi. Pemilihan jenis fon dan saiz fon mestilah bersesuaian dengan saiz grafik.