Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18: Proses Membuat Kalendar Menggunakan Adobe Photoshop

~ Minggu 10~

15 November 2018 (Khamis)

Harini kelas amali Multimedia batal!!
Nak Yeayy ke tak ekk?
Tapi ade kuliah online jam 12. Maka tercongok aku depan komputer ni jam 11.59 a.m menunggu tugasan online daripada Prof. Ketua bagi kelas ni pun menyampaikan "pesanan mesranya". Kami diminta mengambil video proses membuat kalendar di Adobe Photoshop selama 3 minit.
Maka, aku pun bersilat yak yak yong dihadapan komputer dan telefon bimbit. 
Aku belajar guna Adobe Photoshop ni pun dari Youtube..
Nah, sila duduk, tonton dan hadam video ni ye.



Maaf ye segala kekurangan. Saya budak baru belajar. Kalau salah tegur - tegurlah.



Sunday, November 11, 2018

Raya Ketiga

~ Minggu 9~

Dalam post kali ni terpanggil nak cerita tentang hari raya..
Aku tak pernah balik kampung untuk sambut hari raya sebab aku memang duduk di kampung dan tinggal dengan nenek..
Jadi sepupu sepapat mak cik pak cik yang pulang berhari raya di rumah aku...
Maka, jadi tugas keluarga aku la untuk buat segala persiapan..Tiap tahun macam tu..
Tapi, bukan untuk tahun ni.. Tahun ni sepupu sepapat mak cik pak cik aku pulang seminggu awal ke kampung sebab nak buat persiapan katanya...Sebelum-sebelum ni cuma keluarga aku saja yang sibuk.. Tahun ni mesti lagi meriah sebab semua balik awal...Raya pertama dalam 23 tahun aku sambut raya aku rasa macam dalam iklan-iklan kat televisyen tu..masak ketupat, kacau dodol, buat kuih raya, dan kemas rumah ramai-ramai bersama sepupu sepapat..nak nangis jugak la..terasa la jugak macam balik kampung...
Kalau tak aku dan adik kemas rumah, ibu buat kuih, ayah masak ketupat, ayah dan adik kacau dodol..tu je la tiap tahun..
Raya tahun ni memang meriah la.. Alhamdulillah..aku harap tahun-tahun depan ada la ahli keluarga yang akan balik awal untuk buat persiapan..
Haa nak sambung lagi cerita ni..memang dah jadi tradisi dalam keluarga aku yang kami tak keluar beraya ke rumah orang sampai la raya ketiga..Bukan sebab apa jangan salah faham... sebab orang datang ke rumah tak putus-putus sampai raya ketiga...dan raya keempat barulah aku beraya di rumah jiran-jiran...Jiran-jiran pun faham dan dah biasa...
Kadang-kadang bergambar satu family pun raya ketiga...
Nak tau kenapa orang tak putus-putus datang sampai raya ketiga? Sebab nenek aku anak sulung dan 8 orang adiknya akan datang ke rumah..Kalau satu keluarga datang sampai 6 biji kereta..Cuba bayangkan dengan 8 keluarga...
Lepastu atuk nenek aku sebelah ayah dua-dua dah tak ada...Jadi adik-beradik ayah yang 8 orang tu pun akan datang beraya di rumah..Bukan tu je adik-beradik ibu aku lagi yang 8 orang.. Cuba bayangkan 24 keluarga x 6 buah kereta satu keluarga...Aku dan keluarga kena layan sampai raya ketiga...sebab tu la aku tak beraya sampai raya ketiga...
Tu je nak cerita..suasana raya kat kampung ni memang lain macam sikit...dan aku berbangga dibesarkan dalam sebuah keluarga yang besar...



SARAWAK BUMI KENYALANG

~Minggu 9~

Post kali ni nak cerita pengalaman aku ke Sarawak..
Ni pertama kali la aku pergi Sarawak..Aku memang teringin nak pergi Sarawak..
Teringin nak tengok kaum yang pelbagai kat sana..budaya dan makanan kat sana..
Yang paling utama teringin nak tengok keadaan rumah panjang...
Maka, aku diberi peluang berpijak di bumi kenyalang ni...
Terima kasih kepada Ameerul dan Faiz la..kalau tak sebab mereka ni tak sampai aku di bumi Sarawak..
Kira Ameerul dan Faiz tu pemandu pelancong laa..hahahhahaha
Aku dibawa ke UPM Bintulu untuk lihat kampus kat sana..
Seronok dapat meneroka kampus UPM di Bintulu...
Aku dibawa merasa mi kolok..mi kolok ni lebih kurang la rupanya dengan mi maggi..
Mi kolok ni dimasak kering dan dihidang dengan kuah sup..memang pelik la makan mi maggi dengan kuah sup macam tu..
Lepas tu aku merasa laksa Sarawak..memang sedap...
Selain makanan-makanan tu aku pun dibawa merasai kenikmatan Sup Kawah..ni lagi satu...Fuhh sedap tak terkata la..Sup kawah kat tempat tu memang sedap dan highly recommend...
Makanan viral pelajar UPM Bintulu..Burger Ahza..aku pun rasa la burger Ahza yang selalu disebut-sebut akak-akak kat blok..Pehh..cheese dia terbaikk...
Memang berat aku naik 3 kilo la balik dari Sarawak ni..
Kat Bintulu ni aku menginap di Kampung Penan Muslim, rumah ibu angkat Ameerul..
4 hari kat Sarawak ni memang berjalan je kerja..
Aku pergi ke Miri yang mengambil masa perjalanan 2 jam dengan jalan yang sebegitu rupa umpama menaiki roller coaster. 
Di Miri aku ke Pantai Tusan dan memang penat la semata-mata nak pemandangan cantik je..habis basah seluar kena air pantai..
Tapi pemandangan situ..Subhananallah cantik sangat..Macam kat luar negara..
Aku hanya dapat tengok rumah panjang yang dah diubahsuai bukan macam yang dulu..
Takpe ada rezeki boleh pergi lagi...
Makanan kat Sarawak memang A lagi-lagi kek lapis la...cuma nasi berlauk kats semenanjung lagi A la..Aku tak boleh nak terima masakan nasi berlauk kat sana..Mungkin cara memasak yang berlainan..
Banyak lagi nak cerita tapi takut bosan pulak baca panjang-panjang.. nanti kalau nak tau lagi cerita..komen..aku cerita di post yang lain..
Aku tinggalkan gambar untuk tatapan semua..


Pantai Tusan

Grand Old Lady, Miri

Pantai Tanjung Batu

Laksa Sarawak

Sup kawah


Monday, November 5, 2018

Prof Selebriti

~ Minggu 9~

Tugasan minggu ni ialah tugasan atas talian. Pagi-pagi kami dikejutkan dengan pesanan mesra. Dah semua sibuk nak sambung cuti kan. Bangun la awal sikit sekali-sekala. Semua tugasan yang Prof bagi semua ada hikmah. Kita kena REDHA.
Untuk tugasan atas talian minggu ni...kami diminta untuk tonton program Assalamualaikum saluran TV Alhijrah dihoskan oleh Ashraf Muslim dan Irma Hasmie..
Jarang sangatlah tengok program bual bicara pagi-pagi macam ni..
Rupanya Prof kita masuk tv..Haa kau ado?
Prof berkongsi tentang tajuk pemartabatan Bahasa Melayu dan Pengharmonian Hubungan Antara Kaum melalui Alam Siber...
Ada Ashraf Muslim boleh la cuci mata sekali...Hahahahahhaha..
Dah selesai menonton, maka kami pun tunggu la bulan jatuh ke riba... Eh salah..
Menunggu tugasan dari Prof.
Kami diminta upload gambar Prof dan hashtag yang diberikan iaitu
#MartabatBahasaMelayuUPM
#PengharmonianAntaraKaum
#pendapat/komen

Punyalah takut siap catat isi apa yang Prof cakap..Nasib baik kena post gambar je..
Saya kongsikan video bual bicara bersama Prof dalam Tv AlHijrah..
Kelas la Prof..




Friday, November 2, 2018

Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang

~Minggu 8~

Aku yang dulu:


Apa kena-mengena gambar dengan tajuk?
Sebenarnya aku nak kongsi tentang perubahan muka aku yang dulu kepada yang sekarang. Semakin membaik. Dan tentunya, semakin cantik...Hahahahaha gurau je..
Aku tak adalah guna macam-macam produk tapi aku nak sarankan untuk guna aloe vera gel.
Aku beli aloe vera guardian yang harga RM8.99 je. Tak mahal pun.
Mula-mula aku beli untuk hilangkan belang pada muka tapi lama-kelamaan aku pakai jerawat aku semua hilang.
Aku pun sarankan kepada sepupu aku yang ada masalah yang sama untuk guna produk tu..
Dan hasilnya..Wow!! Semakin membaik.

Aku yang sekarang:


Tak ada la cantik sangat. Tapi alhamdulillah..jerawat makin kurang muka tak kering dan kurang berminyak...




Ms Ragaman

~Minggu 8~

Kali ni aku nak cerita perkara paling penting dalam hidup iaitu MAKAN.
Aku bukanlah seorang yang memilih dan cerewet sangat pasal makanan. Tapi, bila angin kus kus datang dan mood mula melayang menandakan bendera merah semakin hampir. Apa yang aku cari ialah makanan western.
Aku dapat je makan spagethi ke, chicken chop ke, mushroom soup ke... menari yak yak yong aku..
Aku ni lidah kampung je tapi bila angin kus kus datang mulalah tukar lidah orang putih..
Haihh la lidah..
Tu bab makan..Bab air pulak..
Tak lengkap hari aku kalau tak kena teh ais. Sampaikan gerai makan di KOSASS tu dah tau dah aku akan order air apa.
Ada cerita sebenarnya pasal teh ais ni.
Nak dijadikan cerita, ayah aku mengurat mak aku dengan teh ais la..hahahahha
Ayah aku tiap hari belikan teh ais ikat tepi untuk mak aku waktu kerja sama-sama dulu..
sampai ikat tepi tu jadi ikatan yang sah..
Hahahahahhaha..
Aku pun nak orang mengurat aku nanti dengan teh ais la..hahahahaha...takde la gurau je..
Jadi, siapa dah baca post ni boleh la belanja teh ais dan spagethi..
Dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih....
Hahahahaahha...
Macam-macam ragam kan..
Nasib kau la Ms Ragaman...